In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

Welcome to the Blogspot of Al-Hidayah Islamic Preschool.

Tuesday, January 26, 2010

Ucapan Terima Kasih

Emel daripada Norhasnah bt. Ibrahim
Thu, Oct 22, 2009 at 9:54 AM

Ucapan terima kasih

Assalamualaikum semua guru di Tadika Alhidayah,
Saya sebenarnya sudah lama ingin menghantar email ini tapi alamat email yang saya ada salah. Tapi alhamdulillah sampai juga hajat saya. Bukannya apa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar anak saya Fatin Fazira bt Rosly tahun 1998(tahun 5) dan tahun 1999(tahun 6). Dan selepas itu kami berpindah ke Labuan sehingga
tahun 2003. Tahun 2004 sehingga sekarang kami menetap di Putrajaya. Maaf nama guru-guru semasa anak saya belajar disana saya tidak dapat ingat tapi saya ingat nama Puan Siti Mariam. Saya ingin menyatakan disini bahawa pembelajaran yang diajar oleh pihak puan kepada anak-anak di tadika puan sangat berkesan kepada mereka. Tadika Alhidayah adalah tadika yang terbaik. Untuk pengetahuan cikgu anak saya Fatin Fazira sekarang menuntut di sekolah seri puteri, cyberjaya sejak tingkatan 1 dan sekarang Fatin Fazira berumur 16 tahun. Tapi sekarang saya masih teringatkan tadika Alhidayah walaupun anak saya telah meningkat remaja. Tiada cawangan Alhidayah ke di Putrajaya atau di Kuala Lumpur. Sekali lagi sekalung terima kasih kepada semua guru dan jasa guru akan saya kenang untuk selamanya.


1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Pn Norhasnah,

    Fatin's mum thats how we remember our children's parents (me particularly) thank you very much for your words of appreciation. On behalf of all the teachers then and now those words give us the inspiration to continue the jihad of educating the young Muslim minds. JazakAllah khairan.

    Pn Norainee

    ReplyDelete